Tuesday, July 10, 2012

Tirai manik

Assalam/Selamat pagi... Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi hasil kerja DIY saya. Sempena nk menyambut Hari Raya akan menjelang tidak lama lagi, saya pun telah buat persiapan awal dengan membuat tirai manik untuk menghiasi ruang pembahagi antara ruang tamu dan dapur rumah saya. Tirai ini sesuai mengikut tema dan konsep dekorasi rumah anda.
Cara-cara membuatnya seperti berikut: 1.Bahan yang diperlukan adalah reben pelbagai jenis dan manik mengikut kreativiti anda. Peralatan yang akan digunakan pula adalah gunting. 2. Masukkan manik ke dalam reben. 3. Ulangi langkah 2 sehingga siap semua reben 4. Ikat reben tadi pada sebatang kayu. Sekiranya anda tidak mempunyai kayu, anda bolehlah menjahit reben tadi ke atas reben mengikut saiz pintu rumah anda. dan setelah siap, pasang tirai tadi di ruangan yang dikehendaki. TQ. Wassalam....

Friday, July 6, 2012

Jewellery Storage

Semalam saya sempat membeli barang untuk membuat Jewellery Storage. Saya telah membeli bingkai gambar yang berharga RM4.99 (yang paling murah dalam kedai tu...he3). Saya juga menggunakan renda yang dibeli oleh kakak saya yang sudah tidak dipakai lagi.  Kalau nak lebih jimat, gunakan sahaja bingkai gambar di rumah yang lama, catkan sahaja dengan warna yang baru... pasti lebih cantik...

Bahan-bahanya sangat mudah kan??

Cara membuatnya seperti berikut:
1. Sediakan bingkai gambar
2. Keluarkan kaca daripada bingkai gambar tersebut
3. Lekatkan renda pada papan
4. Pasangkan semula bingkai gambar tersebut
5. Inilah hasilnya..

Sekiranya anda mempunyai 'jewellery' yang sangat banyak, saya nasihatkan agar anda tidak menggunakan renda tetapi menggunakan dawai agar jewellery storage anda lebih kukuh.

JANGAN LUPA UNTUK MENCUBA... Seperti kata Ustazah Siti Norbahiyah... ANDA BUAT, ANDA DAPAT.  

Wassalam

Felt craft

Assalamualaikum/Selamat sejahtera,

 Salam jumaat yg mulia... hari ni saya nak berkongsi mengenai DIY Felt Craft. Contoh di atas adalah bantal ABC yang saya buat semasa mengandung anak saya, Zuyyin. Saya mengisi masa lapang dengan menyiapkan bantal ABC ni....

Cara membuatnya sangat mudah. Hanya memerlukan kain felt, bantal, jarum, benang dan gam UHU/Gam fabrik. Mula-mula lakarkan huruf A-Z pada kain felt (boleh diperolehi dengan mudah di Microsoft Word dan sebagainya). Kemudian gunting kain felt mengikut bentuk setiap huruf. Lepas tu,  tampal menggunakan gam UHU/ gam fabrik ke atas kain felt bantal. Kemudian jahit setiap huruf . Setelah semua huruf siap, jahit tepi kain felt untuk membentuk bantal.

Di bawah adalah contoh bagi nombor 1 - 10. Yang ni saya tak jahit, tapi gam sahaja. Kalau anda tidak mempunyai masa, anda juga tidak perlu menjahit tapi gamkan sahaja...

Mungkin anda boleh buat yang lebih cantik dan kreatif daripada ni...he3... Selamat mencuba.. pastinya proses pembelajaran anak anda menjadi lebih menarik dan ceria...

Terima kasih. ;)))



Wednesday, July 4, 2012

Tudung Bawal

Assalam/selamat sejahtera,

Bagi para muslimat tentunya anda ada banyak koleksi tudung bawal kan? Anda tahu tak, musim tudung bawal sedang bersemarak semula? Saya sempat menonton Wanita Hari Ini pada hari Isnin 2 Julai 2012 yang membincangkan tentang tudung bawal.  Untuk trend terkini, tudung bawal didatangkan dengan pelbagai ton warna, dihiasi dengan manik dan pelbagai design. Jadi di sini, saya ingin berkongsi cara-cara untuk anda memperbaharui tudung bawal yang lama mengikut trend terkini. Jangan dibuang tudung-tudung yang lama tu, masih lagi tak outdated taw... Anda cuma perlu menambahkan manik di atas tudung bawal anda bagi menaikkan seri tudung tersebut. Hanya memerlukan jarum, benang dan manik mengikut kreativiti masing-masing. Ini contoh yang saya buat...

Ini pula contoh yang sedang saya siapkan... sangat mudah kan?? cuma memerlukan ketekunan..... semoga berjaya...

Bingkai gambar

Assalamualaikum....

Selamat pagi,..

Di pagi yang mulia ni, saya ingin berkongsi satu hasil kerja DIY yang telah saya hasilkan... bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah iaitu butang pelbagai bentuk, warna dan saiz; gam UHU, gunting, benang, jarum, kain felt dan bingkai gambar. Lepas tu fikirkan bentuk apa yang anda nak buat terpulang kepada kreativiti masing-masing. contoh yang saya buat ni adalah huruf I & Z iaitu huruf awal nama saya dan suami. Saya menggunakan butang bewarna hijau dan putih sesuai mengikut tema warna rumah saya. Anda boleh buat mengikut citarasa sendiri.


Cara-cara membuatnya:

1. Lakar bentuk yang anda inginkan di atas kain felt.
2. Gamkan butang di atas kain felt mengikut lakaran anda.
3. Untuk hasil lebih kukuh, jahitkan butang yang telah digam tadi di atas kain felt.
4. Setelah selesai, bingkaikan hasil kerja anda.

Mudah kan? Akhir sekali gantungkan di dinding rumah anda. Hiasan ini pastinya lebih menarik dan sangat bernilai kerana ianya merupakan hasil kerja tangan anda sendiri.... Jangan lupa untuk mencubanya... Hari Raya tahun ini pastinya lebih ceria kan????